PLEASE behave

PLEASE behave
my NEM: YANA.. setay PORT DICKSON.. now standard POLITEKNIK je.. will be ARCHITECTURE.. and now archi is my life.. ~^_^~

Sabtu, 22 November 2014

Nur Kristina Joene

episod 1
pada cuti semester ni kerja aku hanya makan dan tidur. itu lah rutin harian Kris atau juga dikenali sebagai Nur Kristina Joene die merupakan kacukan England-CinaMelayu yang dimana arwah ayahnya merupakan orang mat salih england dan arwah ibunya melayu-cina. dia hanya mempunyai dua orang abang. ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan kapal terbang pada umurnya 15 tahun semasa dia berada di tingkatan tiga. manakala abang sulungnya, Muhammad zulkhair yang tua lima tahun darinya sedang menghabiskan asasi kejuruteraan awam di Universiti Malaya dan abang keduanya, Muhammad khairul danish baru sahaja menghabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tua dua tahun darinya. mereka dulu merupakan keluarga yang sempurna dan sangat bahagia. dengan mempunyai ibu bapa yang sangat menyanyangi mereka. malah anak nya yang lincah dan pandai belaka. tapi, semua itu berubah setelah kematian ibu bapa nya. tidak sangka masa yang sepatutnya mereka sambut kegembiraan untuk Khair dan Danish untuk menyambut hari tamat kertas peperiksaan mereka. mereka dikejutkan bahawa kapal terbang yang dinaiki kedua ibu bapa nya dari perancis ke malaysia telah terjunam dan semua penumpang di dalam kapal terbang tersebut tiada yang terselamat. ibu bapanya telah pergi ke perancis untuk menyelesaikan projek terbaru ayah nya. keceriaan dan kegembiraan keluarga itu seolah-olah telah hilang dan tamat. bagi mereka bertiga adik-beradik hanya merasai sebagai orang yang sudah mati perasaan dan tidak bernyawa dengan kehilangan ibu bapanya. mereka tidak meyangka sama sekali ini yang terjadi. yang tidak boleh terima oleh kedua abang nya adalah keadaan adiknya, kris yang memang sangat manja dengan kedua ibu bapanya itu seolah sudah hilang dari keluarga mereka, adiknya terus bertukar menjadi pendiam dan tiada perasaan dimukanya lagi. bagi diri mereka adiknya bukan seperti dulu lagi.
disebabkan mereka tiada ibu bapa lagi. hak penjagaan nya diberikan kepada atuk dan nenek belah ibunya yang memang menetap di Malaysia. nenek dan atuknya yang berada di England turut nak menjaga mereka tapi tidak kesampaian kerana mereka menetap di sana. tapi, danish menetap di sana untuk menyambung pelajaran nya di university of Oxford yang mengambil kos doktor psikik. die berniat untuk mengubati adik perempuannya yang seperti mayat hidup itu menjadi seperti dahulu. sorang yang periang dan cergas. manakala kris dan khair menetap di Malaysia. khair mengantikan tempat bapa nya dalam CEO JUED architecture company sdn.bhd. dimana perkataan JUED itu gabungan antara nama ibu bapanya (Nur Juaenna dan Muhammad Mikail Edward). memang selepas kematian ibu bapanya Kris masih belajar seperti biasa prestasi nya juga tidak menurun. tetapi, dia seolah-olah tiada di kelas malah dia seperti tidak hidup seperti dulu. dimana dulu dia seorang yang sangat aktif dalam olahraga dan akademik. tetapi sekarang tidak. di dalam kelas pun seolah-olah tidak belajar tetapi, prestasi nya tidak pernah menurun. walaupun begitu, guru-guru dan rakanya tetap risau akan keadaan nya.malah keputusan peperiksaan sijil pelajaran malaysia nya juga turut memberangsangkan dimana dia mendapat sepuluh A+. untuk kesemua subjek. tapi, apakan daya wajah nya turut tidak berubah malah malam mendapat keputusan itu dia telah pergi ke perkuburan ibu bapanya dan menangis disitu. nasib baik abang nya dan atuk nenek nya tidak melaporkan kepada polis. khair mati kutu untuk mengembalikan adiknya yang dahulu. dia tidak dapat buat apa-apa. setelah itu, Kris meneruskan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam kos seni bina.
dimana pada hari itu, bermulanya kehidupan baru Kris dan berlaku sedikit perubahan. Kris sudah boleh senyum dan mula mengaktifkan dirinya dalam segala aktviti pergacaraan. ini kerana, munculnya seorang mamat yang bernama muhammad Zainurin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan